Sunday 7 October 2012

TERKINI - HIASAN BARU UNTUK HOMESTAY

Kali ni kami akan update hiasan terkini homestay sebagai penambah baikan untuk keselesaan penghuni..




Ruang Tamu

Bilik 2
Ruang Tamu & Makan
Bilik 1
Bilik 3




Wednesday 15 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


To all our Muslim friends and customers, Zamani Homestay wishes Selamat Hari Raya Aidilfitri! Be safe on the road, enjoy indulging in the delicious delicacies you only get to savour during this festive season and rejoice with friends and family gathering to celebrate Aidilfitri with you.

Kepada semua rakan-rakan  dan pelanggan kami yang beragama Islam, Zamani Homestay ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga Selamat di jalan raya, dan selamat menikmati hidangan lazat dimana anda hanya dapat merasainya ketika dimusim perayaan ini. Semoga bergembira bersama keluarga dan rakan taulan yang berkumpul untuk meraikan Aidilfitri bersama anda.

Monday 13 August 2012

ZAMANI HOMESTAY SIAP SEPENUHNYA

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA, PROSES MAINTENANCE ZAMANI HOMESTAY TELAH SIAP 100% SEPENUHNYA. KEPADA PENYEWA, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA..







Sunday 12 August 2012

SALAM RAMADHAN DAN SALAM AIDILFITRI

Masuk hari ni dah 2 minggu zamani homestay dalam proses maintenance. Langsir baru, almari baru, peti mesin basuh baru, kabinet baru, senang citer 70% barang dalam zamani homestay ni dah ditukar baru... untung pelanggan pertama yang menginap di Zamani Homestay.. J

Kerja-kerja maintenance ni sekarang dah hampir 90% siap. Tinggal lagi final touch je lagi nak complete. Dek kerana kejar masa, terawih terpaksa dipendekkan jadi 8 + 3 rakaat jer 2 -3 malam nih.. .. nak buat macamana, time malam jer yang ada masa. Siang kerja makan gaji, Alhamdulillah, tak pernah lagi tinggal solat sunat tarawih di bulan Ramadhan ni..

Tak sabar rasanya nak siapkan. Maunya tak, lepas siap homestay ni, nak ligan buat tempahan coklat plak.. adiuh… penat banget sih… takpe lah.. kerana mencari rezeki yang halal dan berkat, akan kami sahut cabaran dan tabahkan hati untuk memberikan kemudahan dan service yang terbaik kepada pelanggan kami.. Insyaallah… 

Thursday 9 August 2012

KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH HOMESTAY

Untuk makluman semua, kerja-kerja membaik pulih homestay sedang dijalankan sempena nak menyambut hari raya.. Kelakar kan.. orang lain sibuk nak bagi rumah cantik, tapi kami plak sibuk nak bagi homestay cantik... 





Bukan apa, demi keselesaan dan kepuasan pelanggan dah jadi tanggungjawab kami tuk mencantik dan membaiki mana yang perlu. Senang cerita, kerja baik pulih yang minor spt mengecat kami lakukan sendiri ("lepas ni susah la tukang cat nak cari makan".. hehehe.. tu lah kata-kata yang keluar dari jiran kami.. heheheheh... jenuh jugak nak siapkan.. sampai lewat tengah malam baru siap dinding luar, cat pintu & pagar rumah.. 




Kami harap projek ni dapat disiapkan sebelum hari raya nanti... dan penyewa berpuas hati dengan konsep dan dekorasi moden kami yang tak seberapa tu... 




PROMOSI HARI RAYA

SEMPENA PEMBUKAAN ZAMANI HOMESTAY, DISKAUN 15% AKAN DIBERIKAN KEPADA PELANGGAN YANG MENGINAP 2 HARI KEATAS.

BIASA RM150/SEHARI

CEPAT SEMENTARA MASIH ADA KEKOSONGAN

* tertakhluk kepada terma & syarat

Tuesday 7 August 2012

SELAMAT DATANG/WELCOME/BIENVENUE/வரவேற்கிறோம்


Selamat datang dan terima kasih kerana berkunjung ke Zamani Homestay.
Zamani homestay diasaskan pada January 2012 dan mula beroperasi pada 18 Ogos 2012.

Terletak di Bandar Gurun dengan perjalanan 5 minit dari susur keluar Plaza Tol Gurun, memberi kelebihan kepada Zamani Homestay dan ia pasti sesuai sebagai tempat sebagai persinggahan yang tepat kepada pengunjung atau traveler.

Selain itu, Zamani Homestay terletak berhampiran dengan pusat peranginan Gunung Jerai, Kawasan Perindustrian Gurun, Petronas dan banyak lagi.