Syarat-syarat Penginapan
- Check-in 2:00pm dan Check-out 12:00pm. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in, masa check-out boleh dilanjutkan (dengan kadar RM5/jam atau persetujuan budi bicara )
- Sebagai tanda "pegang janji/jadi", kami memerlukan deposit RM50/nite untuk "block date" khusus untuk penyewa yang benar-benar ingin membuat tempahan. (deposit tidak akan dipulangkan sekiranya penyewa membatalkan tempahan)
- "Bayaran Penuh" mesti dibuat semasa check-in.
- Muslim Sahaja.
- Pasangan / Kumpulan yang bukan muhrim adalah tidak dibenarkan sama sekali.
- Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
- Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup sekiranya keluar / tidak digunakan.
- Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada didalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar.
- Sampah dibuang didalam tong / bakul sampah yang disediakan.
- Sebelum check-out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal.
- Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.
- Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
- Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
- Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.